Thursday 25 April 2013

'MAT TYSON' TAIB TIDAK LAYAK SERTAI PAS.... ???



PULAU PINANG  - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.


"Itu pandangan peribadi saya memandangkan Muhamad mempunyai rekod buruk sepanjang bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Hanya mereka yang mempunyai rekod baik layak diterima untuk menyertai parti politik tidak kira pembangkang atau BN," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isnin lalu, Muhammad secara rasmi menyertai Pas apabila menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu selepas beberapa tahun menyepikan diri dari arena politik sejak kalah ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan lalu.

Karpal turut menyuarakan rasa curiga terhadap tindakan bekas pemimpin BN itu dan menyifatkan penyertaannya dalam Pas sebagai tidak ikhlas.

"Saya tidak rasa beliau ikhlas kerana mungkin motif sebenarnya menyertai Pas kerana tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN," ujarnya. Utusan Online

1 comment:

Anonymous said...

assalam,
memang betul pun,klo betul dia(ikhlas) nak masuk pas dari dulu lagi dh masuk..kenapa baru sekarang? knpe..? nk jdi baik ke.? klo nk jd baik tak payah nak masuk pas,lg bagus klo dia nk jd baik, pencen dalam politik..? ini semua bukan ke krna brkepentingan diri..