Sunday 21 April 2013

KHALID SAMAD MAIN TUNJUK-TUNJUK JARI....


AIDCNews  –  Semasa proses pengumuman nama calon di Dewan Besar Tanjung Seksyen 19, Shah Alam pagi tadi, calon PAS, Khalid Samad dilihat sedang menelefon seseorang sedangkan ketika itu pihak Suruhanjaya Pilihanraya, Datuk Bandar Shah Alam sedang mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding di parlimen tersebut.

Datuk Zulkifli Noordin, calon Barisan Nasional dilihat memberikan tumpuan kepada pegumuman SPR itu sedangkan Khalid mula mendekati pihak SPR dan menuding jari ke arah sorakan yang bergema sebaik sahaja nama Zulkifli diumumkan.
Khalid dilihat mula bergerak dari tempat pengumuman calon, sedangkan ketika itu proses pengumuman calon belum lagi selesai.
“Bakal calon jangan bergerak. Awak patut berada di sini,” kata SPR kepada Khalid
Khalid bergerak semula ke tempat asal pengumuman nama calon itu, namun beliau dilihat berkali-kali menunjukkan jari ke arah tertentu.
RBF Online melaporkan apa yang berlaku di sebalik insiden tersebut.
“Nama calon BN, Zul Nordin diumumkan dan disambut dengan sorakan meriah oleh penyokong-penyokong BN. Apabila nama Khalid Samad diumumkan , tiada sebarang sorakan oleh penyokong mereka. Khalid Samad berang dan memarahi Datuk Bandar Shah Alam selaku Pegawai Pengurus Pilihanraya kerana tiada sorak sarai yang kedengaran apabila namanya diumum . Dia kata penyokongnya ditempatkan jauh dan tidak mendengar namanya diumumkan.
“Datuk Bandar Shah Alam menjelaskan bahawa jarak tempat penyokong diletakkan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Khalid Samad menuntut supaya penyokong-penyokongnya dibenarkan ke depan dewan. Datuk Bandar berkata, jika itu yang dituntutnya maka beliau terpaksa mengadakan mesyuarat dengan polis dan beberapa agensi lain terlebih dahulu dan ianya memakan masa.
“Khalid berkeras untuk keluar dari pagar dan hendak panggil penyokongnya ke depan dewan. Datuk Bandar melarangnya , namun dia tidak hiraukannya. Akhirnya ada penyokong PKR yang menasihatinya supaya jangan keluar. Pembesar suara dihalakan kepada penyokong-penyokong mereka supaya mereka dapat mendengar dengan jelas nama-nama yang diumumkan.
“Khalid menuntut Pegawai Pengurus Pilihanraya mengulang pengumuman namanya. Apabila diulang sekali lagi, pun tiada sorak sarai yang kedengaran. Merah padam muka dia. Yang peliknya apabila nama dua calon PKR yang bertanding kerusi Dun diumumkan penyokong-penyokong mereka bersorak. Lagilah merah padam muka Khalid. Akhirnya dia melakonkan watak poyo dengan melambai-lambaikan tangan kepada penyokong-penyokongnya.
“Ternyata manusia yang bernama Khalid Samad itu gila glamor. Sepanjang hidup saya tidak pernah lagi saya lihat orang yang mengamuk apabila tidak ada orang yang bersorak terhadapnya. Gila beb….Tanda-tanda kehancuran Khalid Samad di Shah Alam telah kelihatan, “ lapornya.

No comments: