Friday 22 March 2013

AZZIMUDIE KIRAM PENGECUT.... LARIKAN DIRI, TINGGALKAN PENGIKUT DI SABAH..!!!


Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan diri dari Lahad Datu, Sabah dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Kenyataan berkenaan dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin.

Katanya pasukan keselamatan mmebuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.



Zulkifeli berkata, maklum balas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan, ia menunjukkan bahawa Azzimudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya yang terkepung di Lahad Datu....

Terdahulu pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi lebih seminggu lalu bagi menghapuskan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh dan membunuh anggota keselamatan negara ini di kawasan berkenaan.

Nasib sebenar Azzimudie menjadi tandatanya selepas beberapa pegawai kanannya dikatakan terbunuh sebaik operasi bermula...

No comments: