Saturday 16 February 2013

DATUK YUSUF DISOGOK ANWAR.....SELESAIKAN SEGERA KES ...... !!!


Pihak pendakwaan memohon agar rayuan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar) didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Julai depan. Pihak pendakwa sebelum ini dilihat telah disogok oleh Anwar Ibrahim supaya mencari jalan agar kes liwatnya dibuang kes.

Ini terbukti apabila Peguamcara II Datuk Yusuf dilihat terlalu mesra Anwar Ibrahim sebaik sahaja kes liwat tersebut dibuang kes disebabkan kesalahan teknikal sahaja. Sepatutnya pihak berkuasa menahan dengan segera bekas peguamcara II Dauk Mohd Yusuf yang dilihat terus mesra bersama Anwar dan siasat.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin memberitahu pemberita, tempoh beberapa bulan itu diperlukan bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan pelbagai dokumen dalam nota prosiding yang masih belum lengkap.

Menurut beliau, mereka memerlukan masa untuk meneliti dan memeriksa satu persatu nota prosiding yang merupakan rakaman perbicaraan yang diterima dalam bentuk cakera padat (CD) daripada Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh yang hadir bagi pihak Ketua Pembangkang tersebut memberitahu, mereka perlu mendapat persetujuan daripada seorang lagi peguam iaitu Sankara Nair berhubung tarikh sesuai untuk rayuan. Peguam tersebut tidak hadir hari ini.


Rakyat Malaysia mahu kes ini diselesaikan sebelum pilihanraya agar keadilan yang sepatutnya diberikan kepada kedua-dua bukannya hanya kepada Anwar sahaja.

No comments: