Saturday 16 February 2013

ANWAR BERMATIAN INGIN MENANG DI SABAH.....


Huguan Siou ini jadi penting kepada Anwar bukan atas sebab suka-suka. Memang Anwar kepingin lama dengan gelaran ini. Bukannya apa, untuk memasakkan lagi kehadirannya di Sabah, Anwar perlukan gelaran Huguan Siou untuk memikat pengundi.

Rata-rata kawan dalam PKR tahu dan maklum, Anwar tidak boleh sentuh 2 kerusi majoriti Cina di Sabah (Kota Kinabalu dan Sandakan). Walaupun menurut bisik-bisik di bawah, PKR juga boleh menang jika bertanding di kedua-dua kawasan tersebut. Tapi kerana mahu memberi laluan kepada DAP, Anwar mengalah.

Pada ketika ini, kerusi yang lebih ditumpukan adalah kerusi-kerusi MAJORITI Bumiputera Bukan Islam (kerusi KDM) dan 5 kerusi Campuran Majoriti Bukan Islam.

Kerusi-kerusi majoriti Bumiputera Bukan Islam:-

1. Kota Marudu
2. Keningau
3. Pensiangan

Kerusi-kerusi majoriti Bukan Islam:-

1. Tuaran
2. Sepanggar
3. Penampang
4. Ranau
5 Tenom

Kerusi tumpuan yang kita kemukakan semalam:-

1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).

UMNO/BN di Sabah perlu memerhati jentera di kawasan-kawasan yang disebutkan ini dengan teliti. Jangan ambil mudah. Info ini datang daripada PKR sendiri.

Huguan Siou setakat ini mahu tumpu kepada undi ‘swing’ KDM. Menurut telahan Huguan Siou minggu lalu, jika KDM swing (15%) kepada PKR; ianya sudah boleh memberikan result yang baik. Undi Cina di Sabah, PKR sudah locked setakat 70 %.

Soalnya bolehkah dapat swing 15 %? DAP kata, dengan isu yang ada sekarang – 5 % pun belum tentu. Yang penting pada DAP, mereka dah secure 2 kerusi Parlimen. credit: Gelagat Anwar

No comments: