Wednesday 27 February 2013

DAP MEMBELA ISLAM...???

Pergh....hebatkan tajuk....malah ianya diakui sendiri oleh Khalifah Lim Guang Eng...hahaha wat lawak ke ape??? DAP dan juak PR mendakwa Islam di bawah DAP lebih terbela...kononnya kerajaan DAP Penang telah menambah peru ntukkan untuk hal ehwal Islam di Penang dari masa ke semasa...berbeza dgn pemerintahan dibawah BN...dap kononnya telah memperumtukkan sehingga berbilion billion ringgit demi memperkasakan penyebaran dan dakwah Islam di Penang....
Masalahnya lupakah kita bahawa siapa yang menuntut Kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu? atau lupakah orang Islam semua parti mana yang menentang penubuhan negara Islam dan Malaysia sebagai negara Islam? siapakah yg mengungkap "over my death body"? siapa yg menjual tanah tapak masjid??...dan lupakah kita siapa yang mengherdik dan menghina Islam dengan menyatakan bacaan memperdengarkan Al-Quran sebelum subuh itu mengganggu dan bising???

Baguslah jika benar DAP memperjuangkan
Islam...tetapi sejauh manakah kebenaran dan keikhlasan mereka? jangan kita lupa pada sejarah di mana umat Islam dan Melayu diperbodohkan...Admin pernah menulis dalam posting sebelum ini mengenai sikap dan taktik halus PAP dalam meraih sokongan dan undi melayu beragama Islam...sehinggakan LKY pada masa itu bukan sahaja menambah peruntukkan kepada Agama Islam..malah sanggup berimej dan berpewatakan seperti orang melayu...bersongkok dan mendekati orang melayu pada masa itu melebihi pemimpin melayu itu sendiri....

Ingatlah...orang melayu senang sangat mudah lupa...mudah sangat ditaja dengan kemewahan sementara dan mudah terpedaya dengan lakonan sandiwara murahan....masih ingatkah lagi anda semua dengan peristiwa kita diserang jepun...kita dijajah jepun...masa tu kita sangat takut dan benci akan jepun...sehinggalah kemerdekaan tanah melayu..dendam kesumat terhadap jepun sangat menebal dan terlalu tinggi...

Sejarah membuktikan..selepas tanah melayu mendapat kemerdekaan...jepun telah menaja kapal kapal haji dari tanah melayu...mereka sanggup berhabisan jutaan yen pada masa itu..kerana apa??? kerana mereka ingin menambat hati org org melayu kembali...kerana mereka mempunyai agenda....agendanya mereka ingin memasarkan kereta kereta dan barangan keluaran negara jepun di asia...dan di tanah melayu....mereka tahu..dengan mengambil hati rakyat tanah melayu pada masa itu dengan menaja kapal haji dan menjaga kebajikan jemaah haji...maka nama buruk jepun dan segala keganasan yang pernah dilakukan dapat dihakis dan melayu hanya akan nampak kebaikkan jepun sahaja seterusnya melupakan segala penderitaan dan siksaan yang diterima sebelum ini....sementara sebelum kedatangan mereka ke tanah melayu juga mereka sudah secara halus mendekati orang2 tempatan...mengenal adat dan budaya melayu itu sendiri....


Dari situlah mereka tahu bahawa bangsa melayu itu merupakan bangsa yang terlalu mudah lupa dan sangat mudah terpesona dengan ganjaran dan leka dengan kesenangan bersifat sementara...

Hari ini...DAP dalam ideologi chauvinist nya...sedang menggunakan kembali taktik taktik dan ideologi halus ini dalam mendodoikan melayu...menabur dan menawarkan kegembiraan yg sangat indah tetapi belum pasti...pada mereka...biar bergolok bergadai dalam mendapat sokongan kaum itu...demi kuasa...apabila sudah dapat apa yg dihajati...maka pergi jahanamlah dengan kaum itu....

Sedarlah...bangunlah dari lena...kejutkan dari mimpi...bangkitlah...sampai bila kita mahu dipergunakan...diperbodohkan...hanya kerajaan kita sahaja yg faham dan tahu...ikhlas dan jujur melayan kerenah kita...sebelum terlambat...fikirkan...

~Ash

No comments: