Wednesday 13 February 2013

BADRUL AMIN BAWA DIRI KE MAHKAMAH....

alt

KAJANG 13 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron dilaporkan kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berhubung kes penceraian isteri keduanya di sini bermula jam 8:45 pagi tadi.

Menurut sumber, maklumat berkaitan kes ini telah disahkan menerusi beberapa buah blog politik sejak semalam.
Penceraian beliau dikatakan berlaku susulan daripada kes khalwat melibatkan dirinya pada tahun lalu.


alt

Pada 26 Februari 2012, Dr. Badrulamin yang juga memegang jawatan Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor telah ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita bukan muhrim oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan.

Akan tetapi, beliau yang menafikan tuduhan tersebut menegaskan pertemuan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah melibatkan keluarga wanita berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

Eh,
Sorang aja,mana pergi Unit Amal PAS dan AMK Keadilan.Baru padan bila susah tak saorang pun peduli.