Thursday 3 January 2013

ZARINA ANJOULIE MENGAKU TIDAK BERSALAH....


Menjadi spekulasi ramai beberapa hari ini, akhirnya nama Zarina Anjoulie di’sahkan sebagai pelakon & model yang di’tahan bersama kekasih beliau di kediaman mewah mereka di Damansara Damai.
Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, 3 hari lalu.
Pelakon penuh kontroversi ini bersama teman lelaki Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.

No comments: