Wednesday 2 January 2013

YA, ALLAH! AMPUN!!!.. SANGGUP KAFIRKAN AYAH SEBAB AMANAT HADI AWANG...!!!!!


'Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah.

Air matanya bergenang. ''Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini," ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini.

Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas.

Abdul Rashid yang dianggap salah seorang 'hulubalang' Pas di negeri ini menjelaskan jiwanya menjadi keras dengan semangat berkobar-kobar untuk berjihad bagi memenangkan parti itu setelah diyakinkan dengan semangat perjuangan syiah Iran dan Mujahidin Aghanistan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.


Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti.

"Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh.

"Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga.

Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah.

Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas.

"Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan.

"Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya

BP : Lihatlah betapa dahsyatnya kesan amanat Hadi Awang terhadap akidah umat Islam di negara ini.  Bukan sahaja memporak-perandakan keharmonian hidup ummah tetapi juga memecah belahkan tali silaturrahim.... ayuh! orang PAS...buatlah perubahan!!!

No comments: