Sunday 20 January 2013

PEJABAT SW1M SHARIFAH ZOHRA DICEROBOH SAMM


Sebentar tadi dikhabarkan  laporan polis telah dibuat berikutan pencerobohan pihak SAMM yang diketuai oleh Chegu Bard, ke atas pejabat SW1M Syarifah Zohra Jabeen. 

Berikut dipaparkan detail laporan tersebut dari sini....


Pada 18hb yang lepas, pejabat SW1M bertempat ditaman Sri Gombak, telah diceroboh oleh 3 orang lelaki Melayu, bersama seorang wanita. Mereka memperkenalkan diri mereka dari SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), yang kononnya mahu menyerah surat jemputan berdebat kepada Presiden SW1M iaitu Syarifah Zohra Jabeen.


Setelah pintu dibuka, mereka berempat terus menyerbu masuk dan membuat tindakan yang dilarang oleh kakitangan SW1M, namun mereka berempat engkar dan terus mengambil gambar didalam pejabat berkenaan tanpa keizinan dan kakitangan SW1M.

Habis semua barangan peribadi di pejabat SW1M mereka ambil gambar sebelum beredar diatas desakan kakitangan SW1M yang mahu menghubungi pihak berkuasa. Pihak SW1M mengesyaki bahawa tindakan tersebut berniat jahat, kemungkinan besar gambar yang mereka ambil bermungkinan akan dimanipulasikan oleh pihak SAMM dengan niat yang tidak baik.

Oleh sebab itu pihak SW1M membuat laporan polis risau tentang keselamatan kakitangan dan Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen. 

Untuk baca kenyataan rasmi Syarifah Zohra Jabeen, terhadap semua tuduhan terhadapnya boleh klik kat sini.....

No comments: