Wednesday 16 January 2013

PATRICK MINTA MAAF TAPI TIDAK MINTA MAAF........

Di dalam kenyataan maaf beliau, Patrick Teoh juga menulis :
"Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam.

Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.


 

Jika merujuk kepada kenyataan di atas, Patrick Teoh berkeras tidak mahu 'minta maaf kerana menyebut orang itu....'. 

Persoalannya, siapakah orang itu? Apakah ianya merujuk kepada kepimpinan kerajaan PAS negeri Kedah?

Sila baca laporan di bawah :
Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Teoh yang mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari Muslim dan pemakaian tudung.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.

Pagi tadi, kenyataan itu nyata turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.“Komen yang sangat kasar terhadap Islam.

Patrick Teoh mungkin boleh mengkritik keputusan kerajaan Pas tanpa komen yang kesat terhadap Muslim. Tolong jangan turun ke tahap dia,” tulis Khairy melalui laman mikro Twitternya yang berharap bukan Teoh menulis kenyataan itu.Ekoran kritikan pelbagai pihak, Teoh menerusi laman Facebooknya telah meminta maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya itu.

"Sekarang saya sedar apa yang saya buat itu salah. Saya silap. Kenyataan saya betul-betul di luar batas. Saya minta maaf dengan ikhlas kepada semua orang Islam.

Tetapi saya tidak minta maaf kerana menyebut orang itu... anda tahu maksud saya. Saya harap,” tulisnya.

2 comments:

Terompah Besi said...

Mohon link http://www.terompahbesi.com

Bicara Perjuangan said...

Mohon link kembali...tkasih.