Wednesday 16 January 2013

SAFWAN ANANG BAKAL JADI AHLI PARLIMEN YANG TIDAK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT....

Safwan Anang yang berlakon adegan "Nazak Nak Mampos"


Antarapos.com - Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang Talib tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Beliau mengakui ada berbincang mengenai perkara tersebut dan tidak mempunyai masalah untuk bertanding di atas tiket mana-mana parti.

"Ya, saya dan kawan-kawan ada berbincang mengenai perkara tersebut cuma kita belum keluarkan keputusan akhir sama ada siapa calonnya, kawasan mana target kita. Ia masih dalam perbincangan kita.

"Saya tidak nafikan sekiranya kami diberi peluang untuk duduk dalam mana-mana parti untuk ke Parlimen, kita tiada masalah dengan tiket mana-mana parti.

Bagaimanapun, katanya, SMM hanya akan bertanding mewakili peringkat Parlimen dan tidak akan meletakkan calon di peringkat DUN.

"Sekiranya mahasiswa bertanding, kita hanya bertanding di peringkat Parlimen saja. Kita tidak ambil DUN. Yang hendak berkhidmat untuk rakyat adalah DUN dan kita ada ketua kampung dan banyak lagi agensi lain yang boleh bantu masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi ahli panel dalam program Meja Bulat yang dianjurkan olehAntarapos di Hotel Intekma, bari-baru ini.

Program yang bertajuk 'Perlukah Mahasiswa Bertanding Dalam PRU' itu turut dihadiri Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Marwan Kahar dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Yasri sebagai panelis.

Dalam pada itu, Safwan berkata pihaknya mempunyai satu agenda utama untuk diperjuangkan menjelang PRU13 akan datang.

Menurutnya, SMM mahu membebaskan semua universiti daripada sebarang pengaruh politik yang disifatkannya sebagai masih wujud.

Mengulas lanjut, Safwan yang juga pelajar UM berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) perlu dihapuskan dan diganti dengan satu polisi yang baru yang telah dirangka oleh pihaknya.

"Kali ini kita tampil untuk terlibat dalam PRU sebab kita ada satu agenda besar iaitu agenda pembebasan universiti. Kita mahu bebaskan universiti dari cengkaman parti politik. Sehingga kini saya masih yakin bahawa universiti masih ada campur tangan politik.

No comments: