Saturday 19 January 2013

NIZAR PUNYA PASAL.... JEPUN DESAK MALAYSIA SIASAT PENYEBAR FITNAH

alt

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Dakwaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu akhirnya mendapat maklum balas tegas dari Jepun .

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah , kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu . Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.

Nizar dalam laman 'twitter' beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan 'posting' yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion .
alt

Kenyataan 'twitter' Nizar langsung tidak menyebut berkenaan pampasan RM 207 billion tetapi mempersoalkan 'wang darah' yang dibayar oleh kerajaan Jepun digunakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir untuk menubuhkan MISC.

Untuk rekod pada tahun 1967, kerajaan Malaysia yang pada ketika itu masih dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman , melalui perjanjian dengan kerajaan Jepun yang bersetuju memberi RM 25 juta kepada Malaysia untuk pembelian 2 buah kapal dagang dari negara Jepun. Pembelian kapal dagang ini merupakan titik tolak penubuhan syarikat perkapalan negara MISC.

Melalui perjanjian itu juga Malaysia dan Jepun bersetuju, pemberian RM 25 juta dalam bentuk 2 buah kapal dagang dari Jepun itu merupakan tuntutan yang terakhir . (rujukan penulisan Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya )

1 comment:

Anonymous said...

Habislah nizar kali ni