Saturday 5 January 2013

DVD ADEGAN SEKS SPEAKER DUN PERAK DITELITI PAKAR AS



IPOH  : Polis sudah menghantar cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke Amerika Syarikat untuk siasatan lanjut. 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata DVD itu perlu diteliti pakar forensik teknologi maklumat di negara berkenaan bagi mengenal pasti individu dalam adegan lucah itu. 
ami menjangka siasatan mengambil masa agak lama kerana memerlukan penelitian sebagaimana siasatan terhadap video seks membabitkan individu yang dikaitkan dengan seorang tokoh politik sebelum ini, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 23 Disember lalu, Datuk R Ganesan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berhubung dakwaan kewujudan DVD seks yang dikaitkan dengannya. Laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab menyebarkan DVD itu selain membersihkan namanya.

Ia susulan dakwaan ADUN Tronoh, V Sivakumar dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, bahawa mereka menerima sampul surat pos laju daripada orang tidak dikenali yang mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia bertarikh 27 Julai 2012 bersama DVD didakwa gambar Ganesan dan seorang wanita dalam keadaan lucah.

Sementara itu, Shukri berkata, polis masih menunggu arahan pejabat Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan laporan dibuat EXCO Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman yang mendakwa diugut Setiausaha DAP negeri itu, Datuk Nga Kor Ming di dewan makan DUN Perak, bulan lalu.

Hamidah membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat, mendakwa Kor Ming mengeluarkan perkataan berbentuk ugutan berkaitan pendedahannya mengenai syarikat pembalakan membabitkan pemimpin DAP itu dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham  - Berita Harian

No comments: