Saturday 29 December 2012

BUKTI PAS SOKONG KALIMAH ALLAH BERI PADA KRISTIAN....???



Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.





Menurut laporan Agendadaily, pada malam Isnin, 4 Januari 2010, Lajnah Politik PAS Pusat telah bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu ‘Penggunaan nama Allah’.

Mesyuarat itu disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.


Hadir sama mempengerusikan mesyuarat tersebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden PAS Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
”Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah”.
PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sementara itu pada tahun sama, blog drhalimahali turut melaporkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

No comments: