Saturday 29 December 2012

PAS SIBUK PASAL FELDA, KENAPA TIDAK BUAT 'PERARAKAN ROKET SELAMATKAN LADANG RAKYAT'..???


Perhimpunan 'manusia berbaju oren' yang disertai oleh lebih kurang 500 orang penyokong yang kelihatan macam bodoh-bodoh belaka telah berarak daripada Masjid UTM menuju ke Wisma FELDAdi Jalan Semarak, hari ini, bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada FELDA untuk mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad agar meletak jawatan...

Perarakan yang diberi nama sebagai Himpunan OREN Selamatkan FELDA itu diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman. Turut disertai oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad dan Dr. Hatta Ramli.

Dalam perarakan tersebut, apa yang kelihatan mendukacitakan teman adalah mengenai sebuah replika yang menyerupai wajah Tan Sri Isa Samad diikat dan diarak pada rotan berbentuk 'T' seolah-olah salib. Keadaan patung itu yang dibuat sedemikian, seperti menunjukkan Jesus yang diikat pada tiang salib (mengikut agama Kristian).




Teman difahamkan, demonstrasi itu hanya membawa sentimen  politik semata-mata. Ianya kerana boleh dikatakan semua para penyokongnya yang hadir itu adalah di kalangan puak-puak kahak hijau PAS dan parti yang sekutu dengannya (tak ramai).  Apa tidaknya, Mustafa Ali yang keluarkan surat arahan....!!!




Sementara itu, Pengerusi Belia FELDA Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manaf menegaskan bahawa Mazlan langsung tidak ada hak untuk meminta Tan Sri Isa  berundur atau keluar dari FELDA....!


Anuar Abdul Manaf

Anuar yang juga mewakili anak-anak peneroka FELDA Kemahang 3 yang mengetuai demonstrasi di tempat yang sama berkata : 'Siapa dia (Mazlan) nak arahkan seperti itu.... siapa dia...? MBFM yang turun berkumpul di tempat yang sama tetapi bertentangan dengan puak-puak oren tersebut, turut membawa kain rentang dengan pelbagai kata-kata semangat, adalah sebagai menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada FELDA.

Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela. Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai. Tak ada pulak buat perarakan roket selamatkan ladang rakyat... kalo dh kuda kayu tu, sampai mampos pun kuda kayu jugak le...!

No comments: