Friday 28 December 2012

GEMPAR !!! PAK MOKHTAR KEBUMI JENAZAH ISTERI DI LAMAN RUMAH



Hiasan...

MARANG  - Gara-gara tidak mahu berkongsi tanah perkuburan dengan penyokong UMNO kerana berpegang dengan Amanat Haji Hadi, Mokhtar Ismail, 58, sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah di Banggol Katong, Serada dekat sini.

Walaupun anggota keluarga dan sebilangan saudara-maranya menganggap tindakan itu keterlaluan, dia tidak mengendahkan mereka dan cukup yakin langkahnya betul.



"Apabila arwah isteri, Azizah Abdullah meninggal pada 1990, saya memutuskan menggali kubur tidak sampai tiga meter dari rumah. Tiada siapa yang syor dan tegah. Saya cukup yakin mereka yang tidak bersama Pas tidak boleh bercampur termasuk tanah kubur.

"Sedangkan tanah perkuburan tidak sampai suku kilometer dari rumah. Semasa hidupnya juga arwah terkongkong kerana saya tidak benarkan dia bergaul dengan penyokong UMNO yang kebanyakannya anggota keluarga terdekat saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


***Sampai mcm tu sekali punya taksub! Hadi Awang berjaya perbodohkan orang kampung!

2 comments: