Saturday 1 December 2012

SELANGOR ADAKAN PILIHANRAYA BERSENDIRIAN



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.


Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.

"Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," katanya kepada para pemberita selepas selesai persidangan dewan. - mStar

1 comment:

Anonymous said...

Dah tak sabar nak kena tendang ke?. Kalau genap 5 tahun tak payah lah nak ajar orang. Diri sendiri tak terurus hutang berjuta dengan Bank Islam. Kerajaan Malaysia tahu undang undang juga.

Ini cakap kosong politik juga.

Kalau bubarkan lebih awal akhir sekali siapa tandatangan supaya di luluskan? Sultan. Sultan bukan tunggul. Demi keselamatan negeri beliau juga berhak untuk tidak tandatangan.

Kalau sultan tak tanda tangan pembubaran dewan negeri. Khalid nak buat apa? Habaq mai... budus.