Thursday 3 May 2012

GURU BAHASA MELAYU DISERANG CINA RASIS..???!!!


Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan.

Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas.”ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali”

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu.

Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan 'esok akan mati jika kau berdegil' dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

SUMBER : DI SINI

No comments: