Wednesday 26 December 2012

TRAJEDI POKOK KAKTUS.....


Teman memang minat giler dengan kaktus. Pokoknya yang unik dan pelbagai bentuk dengan durinya yang halus  membaluti bahagian luarnya membuatkan kaktus sesuai untuk dijadikan sebagai antara koleksi hiasan di halaman rumah anda.... lebih-lebih lagi jika masa anda agak terbatas untuk sentiasa membelai tanaman hiasan yang anda gemari kerana kaktus tidak perlukan rutin semua itu. Menjirusnya hanya 2 kali seminggu dan membajanya hanya setiap 6 bulan.... ada yang mengatakan kaktus memang sesuai untuk mereka yang 'malas'...!!!

Tidak dinafikan teman memang dah biasa sangat tercucuk duri kaktus. Bisanya sangat sakit sehingga boleh dirasakan 'sampai ke hati'. Tapi kata orang, kalau dah minat.... CINTA PUNYA PASAL, ada aku kesah! TETAPI teman masih dan sentiasa berdoa agar insiden seperti berikut tidak akan berlaku kepada teman dan juga penggemar-penggemar kaktus yang lainnya.... minta simpang!!!



Wanita ini mengalami insiden yang sangat mengerikan. Lehernya telah tertusuk batang kaktus yang tajam dan berduri. Mujur batang kaktus itu tidak merobek pembuluh darah utama dalam lehernya, jika tidak ianya kelihatan seolah-olah wanita ini telah 'disembelih' oleh batang kaktus itu.... arwah dah agaknya!!!

Begitulah.... rezeki, ajal dan maut itu hanya Allah sahaja yang tahu.... hanya Allah sahaja yang menentukan. Seperti wanita di atas itu, kelihatan seperti ajalnya sudah sampai, tetapi ternyata masih panjang umurnya. AJAL AKAN TIBA JUGA PADA SEMUA MAKHLUK YANG BERNYAWA DI DUNIA INI, WALAUPUN ANDA BERADA DI TEMPAT YANG PALING SELAMAT....!!! 







No comments: