Friday 14 December 2012

ROKOK SELUDUP DI RAMPAS KALI KE 11.....


Sebuah rumah kosong di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, dekat Sitiawan menjadi lokasi penyimpanan 236 karton rokok seludup pelbagai jenama yang bernilai RM18,800.
Penemuan itu hasil Operasi Ops Landai yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, petang Selasa lalu.
Pegawai Pemerintah Markas Operasinya, Deputi Superintendan (DSP) Shaari Ariffin berkata, operasi itu dijalankan hasil daripada maklumat orang awam yang melaporkan kegiatan tersebut.

“Operasi dijalankan pada jam 3.30 petang di sebuah rumah tanpa penghuni di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan.
“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan anggota menemui 236 karton rokok pelbagai jenama rokok putih dan kretek tanpa cukai bernilai RM18,880.
“Rumah itu telah ditinggalkan kosong tanpa penghuni dan tidak ada sebarang tangkapan suspek dibuat semasa operasi berkenaan dibuat,” katanya.
Beliau berkata, ‘Ops Landai’ di kawasan pesisiran pantai itu melibatkan enam anggota polis Marin yang diketuai oleh Pegawai Operasi, Inspektor Sydney Kassim anak David.
Shaari berkata, rampasan rokok tanpa cukai itu adalah yang kejayaan kesebelas polis Marin Kampung Acheh bagi tahun 2012.
“Kami akan bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan penjualan rokok tanpa cukai.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada kami mengenai apa-apa juga kegiatan yang menyalahi undang-undang di perairan Malaysia untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.
- Perak Today.

2 comments:

Anonymous said...

lepas rampas jangan jual ye kat belakang ye...kalau tidak malaysia akan jadi juara lagi....juara tak amanah

Anonymous said...

rasanya kegiatan penyeludupan rokok di tempat tersebut memang sangat rancak laaa.. selalu sangat dah baca mengenai rampasan rokok seludup di situ. itu yg dirampas, entah2 sekadar umpan, padahal yg terlepas keluar berganda2...?