Sunday 2 December 2012

PAS DIRESAPI SYIAH....



KUALA LUMPUR : Tindak-tanduk PAS yang kebelakangan ini dilihat melampaui syariat agama adalah kerana ahlinya yang mendukung fahaman Syiah.
Wakil  Marang Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin berkata, masyarakat Islam kini menghadapi ancaman baru apabila pemimpin PAS cuba menyebarkan fahaman Syiah.
Katanya, pengikut fahaman Syiah yang mangamalkan bidaah ekstrem dan memutarbelitkan ayat al-Quran itu lazimnya memusuhi ajaran ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan majoriti umat Islam negara ini.

"Saya sering dengar dalam ceramah PAS sering menyanjung Syiah.

"Ada pemimpin PAS yang secara terang mengaku pengikut Syiah dan menyebarkan fahaman Syiah," kata Zaiton di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci identiti pemimpin PAS yang terlibat.

Tambahnya, sifat terlalu mengagungkan pemimpin sehingga begitu takjub dengan segala perintah juga antara ciri-ciri pengikut fahaman Syiah.

"Syiah mendidik sifat ketakjuban yang tinggi.

"Pemimpin mereka dianggap maksum dan keramat…ini adalah benar dan tidak boleh ditentang, ketaksuban mengatasi segala-gala," katanya.

Sementara itu, perwakilan Kedah Mohd Kamal Saidin menyifatkan kerajaan Barisan Nasional adalah amanah Allah untuk semua rakyat.

Katanya, mempertahankan dan memartabatkan Umno merupakan satu jihad demi bangsa dan negara.

- Jamilah Kamarudin / Free Malaysia Today

1 comment:

Rhapsody Tun Ismail said...

HAHAHAH...

INI RUPANYA BLOG SYOK SENDIRI TU.

GUA BACA LU PUNYA BLOG NI KEREK. DAH LA TAK RAMAI ORG NAK BACA BLOG NI.

BILA LU DA ADA ORANG CUBA FOLLOW, CUBA KOMEN, LU BUAT PERANGAI HANJING!

BERLAGAK MACAM BARUA YAHUDI.

LU DENGAN PAKATAN ANWAR AL-JUBURI SAMA MACAM GAMPANG. TAK PAYAH BUAT SUCI LA BABI OI!

BOLEH G MAMPOS DAN LANCAU!