Sunday 30 December 2012

KIAMAT TAK JADI SEBAB BUMI BERKEMBAR...?

Dikatakan....Lebih 800 exoplanet sesuai didiami makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria.

Lebih kurang seminggu lepas, heboh diperkatakan, dunia akan kiamat pada 21/12/2012. Maka bermacam-macam ragam manusia yang percayakan pada ramalan tersebut dapat disaksikan melalui berita di dada akhbar mahupun siaran media elektronik, lebih-lebih lagi di cyber maya ini...!!! 

Bila kiamat tak jadi, kini muncul pulak kononnya bumi ada 'saudara kembar' dan akan dikenal pasti pada tahun depan....

SAN JUAN - Planet asing yang sesuai didiami makhluk Bumi akan dikenal pasti pada tahun depan, menurut laporan terbaru saintis baru-baru ini.

Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez berkata, mereka yakin akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama dalam masa terdekat memandangkan ahli astronomi telah menemui beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, pertama kali exoplanet ditemui pada tahun 1995 dan sejak itu lebih 800 dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Teleskop angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) juga telah mengesan lebih 2,300 planet asing berpotensi untuk didiami sejak Mac 2009. - SPACE.com

* Sumber

No comments: