Sunday 9 December 2012

GEISHA LELAKI YANG GEMPAK....!!!!

Siapa sangka..... geisha comel itu adalah seorang lelaki...!!!

Di Jepun modern, geisha sudah jarang ada di pusat-pusat hiburan yang didirikan di beberapa kota-kota besar dan resort air panas. Hal ini mungkin kerana ekonomi Jepun yang berubah-ubah dan   pusat hiburan yang menjadikan tingginya nilai hiburan tradisional dengan meletakkan harga yang tidak terjangkau. Seratus tahun yang lalu, ada lebih dari 80,000 geisha di Jepun. Berbanding sekarang, jumlah geisha yang masih setia dengan kerjayanya hanya lebih kurang berjumlah seribu orang  sahaja.  Tahukah anda, Eitaro adalah satu-satunya geisha lelaki Jepun yang tampil sebagai penari perempuan. Dia adalah pemilik 'okiya', sebuah rumah geisha di pelabuhan Omori, Tokyo.

  
Dari awal abad ke-20  budaya Geisha berkembang di sekitar pelabuhan Omori sejajar dengan pertumbuhan pesat ekonomi industri Jepun. Pada 1980-an, rumah geisha terakhir di situ telah menutup pintu. Ibu Eitaro, seorang geisha yang berketrampilan dan berkarisma telah mengabdikan hidupnya untuk menghidupkan kembali budaya tempatan geisha sehingga hari kematiannya, akibat kanser, tiga tahun lalu.



Pada usia sepuluh, Eitaro buat pertama kalinya mencuba peranan sebagai penari perempuan di pesta-pesta geisha ibunya. Ia mulai belajar  tarian tradisional perempuan pada usia lapan tahun dan kali pertama tampil di teater nasional Jepun pada usia sebelas tahun. Sekarang, 'permintaan' terhadap Eitaro sebagai 'pemain panggung' dan personaliti tv semakin popular. Setelah kematian ibunya, dia mengambil alih peranan ibunya sebagai tuan rumah geisha, sementara adiknya, Maika, mengawasi sekelompok enam geisha.



Geisha pertama kali muncul di Jepun pada abad ke-17, sebagai kelompok watak lelaki di pusat hiburan, yang menghibur pelanggan menunggu untuk menghabiskan waktu dengan pelacur yang paling popular dan berbakat. Wanita pertama menjadi geisha ialah di pertengahan 1700-an dan pada abad ke-19 telah menjadi kerjaya yang dimainkan oleh wanita. Ketika ini masih ada geisha lelaki yang berpakaian kimono lelaki dan biasanya tampil sebagai drumer dan penyanyi dengan geisha wanita. Eitaro adalah  satu-satunya lelaki yang melakukannya dalam watak perempuan.


Kerana populariti Eitaro sebagai penghibur, ia dan geisha-geishanya kerap tampil  untuk memenuhi permintaan pihak swasta, pertunjukan pentas terbuka dan peristiwa yang sehubungan dengan masyarakat . Dia membawa hasrat ibunya untuk kembali mempopularkan budaya geisha.







No comments: