Saturday 3 November 2012

TRAJEDI 'CURI BAWAK' KERETA BAPA.... 4 LELAKI MAUT.!!!

kemalangan

Seorang remaja lelaki, berumur 14 tahun, bertindak melampau bila memandu kereta bapanya dan kemudian merempuh sebuah kereta lain dari arah bertentangan apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan di Km 38.5, Jalan Air Panas - Kesang, jam 11.15 malam tadi.


Akibat dari perlanggaran itu, 3 lelaki yang berada di dalam kereta dari arah bertentangan itu maut termasuk dirinya sendiri.... Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata mereka yang maut dalam nahas ngeri itu ialah :
  • Mohd Hafiz Helmi, 14; 
  • Mohd Shahir Mat Sahat, 27, (pemandu sebuah lagi kereta)  
  • Hairul Nizam Alias, 34 (penumpang kereta dipandu Mohd Shahir)
  • Mohammad Izzuddin Usop, 21. (penumpang kereta dipandu Mohd Shahir)


Beliau berkata kereta yang dipandu Mohd Hafiz dari arah Air Panas ke Kesang dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta yang dipandu Mohd Shahir yang datang dari arah Kesang ke Air Panas.

Mohd Shahir dan Mohd Hafiz yang masing-masing tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi Bernama disini, Sabtu.

Hairul Nizam dan Mohammad Izzuddin meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin, katanya dan menurutnya kesemua mayat dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Katanya tindakan boleh diambil terhadap pemilik kereta yang mengizinkan individu tidak mempunyai lesen menggunakan kenderaannya.

No comments: