Tuesday 20 November 2012

PAS MAHU TUTUP BANGKAI GAJAH DENGAN NYIRU....!!!

tabung-memali


Agak menggemparkan apabila bekas Mufti Perlis, Dr Asri Muda, yang sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi sejak akhir-akhir ini telah mengesahkan di laman sosial Twitter bahawa PAS telah melesapkan dana tabung Memali di Baling, Kedah.

Sebagaimana maklum, sejak peristiwa Memali tercetus, tabung tersebut ditubuhkan bagi membela dan menyara para ibu tunggal serta anak-anak yatim yang ditinggal oleh bapa-bapa mereka yang meninggal dunia akibat insiden berdarah itu.



Malangnya, wang berjumlah jutaan ringgit yang dikumpulkan melalui derma dan sedekah dari orang ramai, termasuk para pemimpin UMNO itu dikatakan telah lesap begitu saja dan tidak sampai ke tangan waris-waris mereka yang terlibat di dalam tragedi tersebut.

Sebelum ini, seorang pemimpin PAS totok di Baling yang dikenali sebagai CN Afghani atau nama timangannya Cikgu Non berkali-kali mempersoalkan status tabung tersebut sehingga dia pernah menerbitkan sebuah buku berjudul “Airmata Memali”.




Bagaimanapun, Dr.Asri Muda atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza ini selamba mengesahkan bahawa Tabung Memali telah disonglap PAS.

BACA SETERUSNYA.... DI SINI

No comments: