Tuesday 20 November 2012

HADI AWANG ATAU ANWAR IBRAHIM..... TUN M KATA - KARPAL SINGH..!!!

JIKA PR MENANG PRU 13.................

1.   PAS mahu Hadi Awang jadi PM

ABDUL HADI AWANG

Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Pusat.

2.  DAP selaku 'abang besar' dalam PR pula tetap mahukan Anwar jadi PM....



Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.


PAS hanya diperkotak-katikkan sahaja oleh rakan2 dalam PR.... lebih tepat, jadi ALAT untuk raih undi orang Melayu.... PAS dah lupa....


Jika khabar bahawa DAP akan bertanding 90 kerusi parlimen dan selebihnya akan diberi sama banyak kepada PAS dan PKR, adalah benar, bagaimana Hadi Awang mahu jadi PM..? Bermakna PAS akan bertanding 66 kerusi. Anggap jika PAS menang semua ( haha... tergelak, boleh ke?) dan DAP juga menang semua .... kerusi DAP tetap lebih dari PAS... Beranikah PAS nak engkar pada arahan DAP? Biar bagaimanapun kuatnya sokongan rakyat terhadap PAS, PAS pasti tidak berani membantah apa sahaja arahan DAP, yang ini pasti..!!!

Tapi jangan risau lah PAS, jika Anwar jadi PM, HUKUM HUDUD AKAN MENJADI KEUTAMAAN DALAM PEMERINTAHANNYA!!!..... lagi pun, Hadi Awang dh habaq dia tak minat jadi PM.... huhu...sian PAS!!!

Tapi Tun M kata...


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kepada Pakatan Rakyat (PR) agar melantik Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh sebagai Perdana Menteri jika PR rakyat berjaya mentadbir negara.

 "Bagi kat dialah (Karpal Sigh), teruk lama dah dia berjuang ni, patut bagi Karpal Sigh jadi perdana menteri... Yang Amat Berhormat Karpal Sigh, bila pencen boleh dapat Tun tau, Tun Karpal Sigh, Tun Anwar Ibrahim , Tun Haji Hadi," katanya dengan sinis ketika ditanya wartawan berhubung kecelaruan PR dalam soal siapa layak jadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, rakyat boleh melihat sendiri sikap pemimpin pembangkang yang sudah berebut-rebut jawatan sebelum berjaya menguasai kerusi di Parlimen.

"Inilah yang kita lihat belum jadi kerajaan dah berebut-rebut dah. Bukan sahaja Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), bukan sahaja Anwar (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), Karpal Sigh pun nak jadi Perdana Menteri jugak," katanya.

No comments: