Wednesday 14 November 2012

BERBALOIKAH MEROGOL DALAM BALAI POLIS...???



Petang yang panas terik ini, teman tertarik dengan satu artikel yang baru dipublishkan oleh sebuah blog idola teman.... Ianya berkaitan dengan kejadian rogol bergilir-gilir seorang wanita Indonesia yang dilakukan oleh 3 orang pegawai polis di dalam balai polis....

Berikut keratan akhbar yang melaporkan......





"Di balai, memang saya memperingatkan anak buah, tidak perlu menahan warga Indonesia kalau mereka tidak terbabit melakukan jenayah. Jika mereka melanggar Akta Imigresen, contohnya, tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan sah, biarkan penguat kuasa Jabatan Imigresen mengambil tindakan. Bukan apa, apabila gadis warga asing ditahan dan dia didapati 'kosong', tinggal secara haram di negara kita, terdapat kebarangkalian dia akan menawarkan seks untuk membebaskan diri. Akhirnya ...," kata kenalan saya.

"Ya, saya faham," celah saya.

Lihat antara gambar dipaparkan oleh televisyen Indonesia dihantar kepada saya oleh rakan Facebook dan pembaca blog ini, Nakia Yusof


Jumaat minggu lalu, 3 anggota polis di Pulau Pinang didakwa merogol pembantu kedai, gadis warga Indonesia, 25 tahun, Wanfaidah, dari Batang, Jawa Tengah, secara bergilir-gilir di BALAI POLIS tempat mereka bertugas.

Suspek kemudian telah ditahan dan direman bermula 10 November lalu, klik di sini.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, 95% kertas siasatan telah lengkap dan mereka sedang menunggu Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh suspek terbabit di mahkamah.

Klik di sini untuk membaca berita lengkap.

Membaca kenyataan media dikeluarkan oleh pihak polis, berkebarangkalian besar, kejadian rogol itu berlaku namun selagi 3 anggota polis itu berstatus 'suspek', mereka belum lagi didapati bersalah oleh mahkamah.

JIKA Sabit kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dipenjara di antara 5 dan 30 tahun serta disebat. Dilaporkan, semua suspek kini ditahan kerja untuk tujuan siasatan dan tindakan itu, prosedur lazim di kalangan pegawai dan anggota polis.

Perlu juga saya catatkan di sini, setiap suspek berhak untuk membela diri menggunakan khidmat peguam jika mereka tidak mengaku bersalah.

Berikutan kes terbabit, sekumpulan penunjuk perasaan di Jakarta, mendesak kerajaan mereka mengusir Duta Besar Malaysia di Indonesia dalam tempoh 48 jam.

Jalur Gemilang turut dibakar dalam kejadian sama, klik di sini.

Dilaporkan oleh Kospas.com, surat bantahan terhadap kejadian itu telah dihantar oleh Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia kepada pemerintah di Malaysia, klik di sini.

Sebelum menulis entri ini, terlintas di fikiran saya ...

ANDAI kejadian itu benar berlaku, seronok benarkah merogol di dalam balai polis? Di manakah lokasi  tepat kejadian rogol bergilir-gilir itu berlaku? Siapakah antara pegawai sepatutnya berada di balai itu? Adakah suspek meninggalkan kesan air mani? Tidakkah mangsa melawan atau  menjerit ketika dirogol? Apakah mangsa tinggal secara sah di negara ini? Mungkinkah ada cerita lain di sebalik kes dilaporkan oleh media ini?

Sudah tiadakah lagi pelacur dan  gadis pelayan pelanggan, GRO warga asing di Pulau Pinang untuk melampiaskan nafsu?

September 2010, ketika bertugas untuk program 999, saya menyertai serbuan di pusat hiburan dikenali sebagai 'bar korek' bersama penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang. 

24 GRO warga asing, majoriti dari Vietnam diberkas.


Klik di sini untuk membaca laporan saya.

Sehari kemudian, pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman menyerbu premis SAMA dan menahan 27 lagi GRO warga asing, klik di sini.

Daripada merogol, kenapa tidak melanggan GRO terbabit dengan harga servis, kira-kira RM100 sahaja? 

Apapun, kejadian terbabit tidak sesekali menjejaskan kredibiliti semua pegawai dan anggota polis di Malaysia.  Majoriti mereka masih melaksanakan tugas dipikul secara berwibawa biarpun dengan imbuhan  tidak seberapa. Tanpa pihak berkuasa terbabit, negara tidak aman dan sekaligus kita semua tidak tenang untuk tidur nyenyak di waktu malam.

Klik di sini  dan di sini untuk membaca catatan akhbar Indonesia berhubung polis negara kita.

Perilaku rakyat Indonesia kini berada di Malaysia? 

Tidak semua mereka berhijrah dan mencari rezeki di bumi bertuah ini, baik budi pekerti. Sebilangan mereka banjingan!


Jika mereka terbabit dalam kes jenayah berat dan perlu dibunuh, bunuh. Mengapakah perlu mereka dibiarkan mengganas sekaligus menggugat keselamatan rakyat Malaysia?

Klik di sinidi sini dan di sini.

Sebilangan warga Indonesia bermastautin di Malaysia, ternyata berulang kali terbabit dalam kes jenayah, antaranya, merompak, menyamun, membunuh dan memperdagangkan orang.

Dalam kes ini, ibu ayam memperdagangkan 2 wanita Indonesia, saya dan kru 999 selamatkan di Tawau, Sabah, rakyat Indonesia sendiri.

Mereka melakukan onar di negara ini.

KREDIT TO.... Bersama Mazidul

No comments: