Thursday 29 November 2012

APAKAH HUSAM AKAN BERTAUBAT...???


Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa.


Setelah Perdana Menteri bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kaitan dengan kematian Altantuya, apa lagi hak kita untuk mempersoalkannya dengan hanya menimbulkan persepsi yang dicetuskan oleh orang kafir tanpa ada sebarang bukti yang sahih, lupakah Husam dengan firman Allah didalam surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.”





Petikan kenyataan
Sebagai pemolitik Islam yang selalu menggelarkan orang lain pemolitik kampung, hendaklah Husam sedar dengan tindakkannya yang seolah-olah mempertikaikan kehendak Allah Taala, Siapa Husam untuk mendahului Allah Taala ?, lupakah Husam dengan azab yang akan ditimpakan oleh Allah sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah palsu ? Sekiranya tidak ada apa yang berlaku maka hendaklah kita redha dan tidak menimbulkannya melainkan menyerahkan ia kepada yang lebih berhak Tuhan yang maha esa.

Atau Apakah Husam merasakan lebih lebai daripada Mantan Mufti Perlis ? kerana apa yang disebut oleh Mantan Mufti itu adalah apa yang diambil dari nas-nas Al-Quran dan hadis. Semoga Husam bertaubat dan kembali beriman kepada Allah dan tidak cuba untuk menjadi seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya. Anda Mampu Mengubahnya.


1 comment:

Anonymous said...

penganut agama pas tak perlu taubat ... nabi mereka dah berjanji ... undi pas masuk surga ... lakukan dosa besar sekali pun seperti zina ... nabi mereka akan ampunkan ... dan beri jaminan masuk surga ...