Friday 5 October 2012

SEUMUR HIDUP TIDAK PERNAH JEJAK KAKI KE LANGKAWI, TIDAK KENAL JULIA HANA ~ SAFEE SALI

Foto oleh Cipotredz

Penyerang Kebangsaan, Safee Sali, terkejut mendengar gosip kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres popular Julia Hana, sekali gus menafikan khabar angin tersebut.


Bercakap kepada malaysiandigest.com, Safee berkata dia tidak kenal dengan Julia Hana dan tidak berada di Langkawi baru-baru ini seperti yang didakwa. Malahan duda anak dua ni memberitahu selama 28 tahun hidup, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi.

"Saya tak berada di Langkawi, saya tak kenal siapa Julia Hana tu. Saya pun baru google pasal gosip tu semalam. Sebagai pemain bola sepak saya terkejut dengan gosip sebegini dan ni pertama kali saya dikaitkan dengan golongan selebriti", kata penyerang pasukan Pelita Jaya ini selepas ditemui di sidang media pelancaran produk haruman terbaru Avon, 'Center Action' di ibu pejabat Avon, Petaling Jaya.

Safee mengulas mengenai gosip yang tersebar di sebuah blog hiburan kononnya dia dan Julia Hana telah dilihat keluar bersama di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Safee dan Julia dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

Ditanya pula mengenai gambar mereka berdua ketika di Langkawi yang tersebar di internet, Safee menjawab,

"Itu mungkin pelanduk dua serupa. Cerita itu tak betul, saya tiada di Langkawi sebaliknya saya berada di Shah Alam menjalani latihan", tegasnya lagi

Tidak tahu mengapa gosip tersebut boleh timbul, bagaimanapun Safee berkata dia sudah biasa melalui kontroversi dan isu-isu panas yang pernah mehimpit kerjayanya sebelum ni. Lantas gosip kali ini dihadapi dengan tenang.

"Tak tahu lah kenapa cerita sebegini boleh timbul. Mungkin sebab sekarang saya duda. Tapi tak apa lah sebab saya dah biasa dengan kontroversi sebelum ni", katanya yang turut memberitahu buat masa ini dia masih belum memikirkan untuk kembali bergelar suami. Sebaliknya mahu menumpukan pada kerjayanya.

Dalam pada itu, Safee juga diasak dengan pertanyaan mengenai gosip dia menjalin hubungan dengan model terkenal Indonesia.

"Yang itu lagi saya tak tau macam mana cerita itu boleh timbul. Buat masa ni tumpuan saya sepenuhnya pada kerjaya", jelas duta haruman terbaru produk Avon, 'Center Action' ni.

Dalam perkembangan lain, Safee akan berangkat pulang  semula ke Indonesia kerana dia  pasukannya Pelita Jaya akan menghadapi perlawanan menentang pasukan kebangsaan Indonesia dalam perlawanan persahabatan, pada malam esok.
- mD 5/10/12

No comments: