Thursday 4 October 2012

PR RANCANG PERHIMPUNAN BERSIH, 3 NOV.....


TUNTUTAN 'GILA' SEMASA BERSIH 3.0
Pakatan Rakyat merancang akan mengadakan satu lagi himpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil pada 3 November untuk mendesak kerajaan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 dan Janji BERSIH.


“Pakatan Rakyat akan buat himpunan besar-besaran pada 3 November ini di Stadium Bukit Jalil kerana tuntutan lapan perkara oleh BERSIH hampir tidak dihiraukan kerajaan.
“Oleh kerana keadaan ini berterusan, maka kami akan buat ‘Himpunan Kebangkitan Umat’. Ia turut disertai beberapa badan NGO selain rakyat untuk menuntut tuntutan BERSIH,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti dilaporkan Antarapos.
Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu berkata perhimpunan yang dijadualkan akan diadakan pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam dan perhimpunan itu tetap diadakan di luar stadium jika kebenaran menggunakan stadium itu tidak dibenarkan.
“Kami sasarkan sejuta orang akan hadir. Setakat ini, kami sedang uruskan permohonan untuk dapat izin berhimpun di stadium seperti yang disarankan Perdana Menteri.
“Kalau tidak dapat, kami akan tetap berhimpun di luar stadium. Tema pakaian pada hari itu masih kuning,” katanya.
AIDC 4/10/12

No comments: