Tuesday 23 October 2012

PELAKON DRAMA KEMALANGAN, PATAH TULANG RUSUK

zuraini

Masih ingat dengan pelakon drama yang aktif di dalam drama-drama televisyen sekitar awal tahun 2000, ZURAINI KASSIM ?


Dikhabarkan, bahawa pelakon drama terkenal, Zuraini Kassim telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika menghantar anaknya menyertai aktiviti sukan semalam. Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 7.15 pagi berdekatan dengan Leisure Mall, Cheras itu mengakibatkan tulang rusuk pelakon lelaki ini patah empat, manakala bahu dan kepalanya juga dilaporkan retak. Anaknya yang turut membonceng motosikal yang ditunggangi pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut isteri Zuraini, Puan Mazura Ismail, sehingga kini nasib suaminya belum diketahui lebih lanjut dan kini dia sedang menerima rawatan rapi selain menjalani pembedahan di HUKM, Cheras. 
 
"Kemalangan tersebut berlaku apabila motor yang ditunggang suami saya bergesel dengan sebuah kereta yang baru keluar daripada satu simpang. Kami masih terkejut dan anak saya juga masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat dia," ujarnya ketika dihubungi portal Media Hiburan.  

No comments: