Thursday 18 October 2012

DAH NAMANYA PUN SALAH.... SEMUANYA JADI SALAH...!!!


Salahuddin-Ayub-300x202

SALAHUDIN AYOB SALAHKAN MEDIA PROMOSI DIRINYA MB JOHOR.....

Semalam bertempat di pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia Anwar Ibrahim telah mengadakan satu sidang akhbar khas yang antara lainya bertujuan untuk memaklumkan kononnya berlaku pelbagai salah tadbir atas kewangan negara. Namun isu yang ingin dibincangkan bukanlah mengenai inti pati sidang akhbar tersebut.


Ini kerana sudah menjadi kebiasaan buat pakatan pembangkang untuk mengatakan semua adalah merupakan salah dan kesilapan kerajaan. Tapi yang hairanya Anwar tidak pernah memberikan cadangan secara khusus atau komprehensif untuk mengatasinya. Ini mungkin kerana Anwar merasakan sebagai Ketua Pembangkang adalah menjadi tugas ‘rasmi’ untuknya membangkang apa sahaja pendekatan yang di ambil kerajaan. Namun penulis merasakan inilah mentaliti ‘kelas kedua’ yang cuba di doktrinkan Anwar.

Sebagai contoh Ross Perot pernah mengatakan ‘Seorang aktivis yang baik bukanlah hanya mengatakan sungai itu kotor tetapi membantu untuk membersihkan sungai tersebut’. Secara ringkasnya Ross Perot adalah merupakan seorang ahli perniagaan yang pernah menawarkan diri calon presiden Amerika Syarikat pada tahun 1992 dan 1996.

Inilah prinsip yang gagal di fahami oleh Anwar Ibrahim yang sering merasakan dirinya adalah merupakan calon yang paling layak untuk mentadbir Putrajaya. Sedangkan di masa yang sama dia tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia. Ini kerana secara warasnya mana mungkin seorang yang mempunyai pelbagai salah laku moral sepertinya layak di angkat sebagai Perdana Menteri.

Berbalik kepada isu yang ingin dibincangkan tadi, penulis tertarik kepada satu insiden yang menarik untuk dikongsi bersama ketika sidang akhbar tersebut bila mana Anwar mengunakan gelaran Yang Amat Berhormat kepada MP Kubang Kerian, Salahuddin Ayub. Ini kerana gelaran YAB secara lazimnya hanya digunakan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Kenyataan Anwar itu dilihat seolah-olah satu pengitirafan kepada Salahuddin untuk diangkat sebagai Menteri Besar bagi negeri Johor sekiranya pakatan pembangkang berjaya dalam percubaannya untuk menumbangkan negeri yang sinonim dengan gelaran kubu kuat buat UMNO/BN.

Namun yang menjadi persoalan mampukah DAP Johor menerima kenyataan ini, kerana sebelum ini Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau pernah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian ini. Cheng Hau sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan menegaskan isu mengenai bakal menteri besar ini tidak pernah dibincangkan di peringkat pimpinan pakatan di negeri itu.

Salahuddin juga ketika ditemui sebelum ini, menegaskan isu mengenai dirinya merupakan calon menteri besar adalah merupakan isu yang sengaja disensasikan oleh pihak media. Sedangkan isu ini adalah merupakan kenyataan dan hasrat yang dibayangkan oleh Pesuruhjaya Pas, Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Mahfodz juga menegaskan antara kriteria yang diambil kira adalah kerana pengalaman Salahuddin di peringkat pusat dalam membantu kemenangan Pas Johor kerana BN juga mempunyai tokoh yang hebat.

suaragenerasibaru

No comments: