Saturday 27 October 2012

ARTIS VETERAN KAHWIN 7 KALI TAK SEBUT PUN 'CARI YANG TERBAIK' ...!!!

Pertengahan minggu lepas, teman telah paparkan kisah seorang pemuda yang di dalam akaun facebooknya ditulis sebagai Pemuda PAS Malaysia yang mengahwini 11 wanita, tetapi diceraikan kesemuanya apabila merasakannya tidak sesuai.... paparannya ....DI SINI



Kelmarin....JAIS telah menahan dan menyoal siasat lelaki tersebut, setelah pihak JAIS menerima laporan dari beberapa isterinya yang ditinggalkan itu.  Lahabaunya, lelaki tersebut dengan selamber nya berkata:
“Saya hendak cari yang terbaik, tetapi setiap kali berkahwin saya gagal”
 
Selanjutnya..... baca di sini 

Seorang artis veteran, yang  bergelar pelawak, pelakon serta pengarah filem sejak 35 tahun lalu, dua perkara yang sering diperkatakan tentang A.R. Badul ialah bakat seni dan kisah perkahwinannya. Tidak dinafikan anak kepada pelawak Allahyarham A.R. Tompel ini memang berbakat besar. Ramai peminat tahu dia banyak mewarisi bakat seni bapanya itu.


Bagaimanapun dalam alam perkahwinan pula tidak ramai artis tempatan yang boleh melawan 'rekod peribadi' seperti Badul. Dia yang kini berusia 63 tahun, pernah merasai pengalaman gagal dalam alam perkahwinan sebanyak enam kali.

 Namun, Badul tidak pernah berasa putus harapan dan dia masih juga dipertemukan jodoh apabila mendirikan rumahtangga buat kali ketujuh baru-baru ini. Anak kelahiran Singapura ini sebenarnya sudah lali dengan cemuhan masyarakat di sekelilingnya kerana pernah berkahwin banyak kali dan sering gagal di tengah jalan. Isteri hasil perkahwinan Badul yang terbaru atau ketujuh yang hanya mahu dikenali sebagai Maiza mempunyai perbezaan usia 31 tahun dengannya. "Sudah jodoh saya macam ini saya kenalah terima. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih ada jodoh walaupun pada usia sekarang ini. Bukan sahaja sekarang tetapi sejak dulu lagi saya sudah biasa dengan cemuhan orang yang mengata macam-macam tentang diri saya. Saya malas hendak layan.

 "Sampaikan ada yang kata saya ini seorang playboylah, jenis yang suka kahwin cerailah dan macam-macam lagi. Apa hendak buat, mulut orang saya tidak boleh tutup. Saya terima sahaja apa orang hendak kata. Ini adalah takdir, qada dan qadar saya hidup saya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie menceritakan pengalamannya itu selepas sidang akhbar pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012. 

Dia merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan Dadidu yang bersaing menerusi pertandingan lawak jenaka anjuran Astro Warna mulai 16 November ini. Jelas bapa kepada tujuh orang anak dan tujuh cucu ini, alam perkahwinan seakan-akan terdapat persamaan dengan kerjayanya sebagai pelakon.

Contohnya dalam filem Hantu Siang yang dilakonkannya pada tahun 1986 sedikit sebanyak ada kaitan dengan alam perkahwinannya yang pernah melalui pelbagai jenis pancaroba. "Dalam banyak-banyak filem yang saya telah lakonkan, saya paling puas hati berlakon dalam filem Hantu Siang. 

Filem itu saya yang arahkan dan skripnya pula ditulis oleh Osman Abadi. Cerita dalam filem itu ialah tentang watak Badul yang berkahwin dengan empat orang perempuan. "Setiap satu perkahwinan itu mempunyai masalahnya sendiri. Boleh dikatakan 40 peratus daripada jalan cerita filem itu seperti kisah-kisah perkahwinan saya sebelum ini. Jalan cerita dalam filem itu juga macam ada kena mengena dengan diri saya," ujarnya.

***Dalam menjawab soalan yang diajukan, nampaknya artis tersebut 'lebih berhemah' ketika memberikan jawapan jika dibandingkan dengan ustaz Pemuda PAS Malaysia yang menjawab soalan dengan menonjolkan KEEGOAN, BERLAGAK dan jauh sekali dari dikatakan 'berhemah'........
 

No comments: