Sunday 2 September 2012

LAJIM UKIN MENYESAL....???

MENANGIS AIR MATA DARAH SUDAH TIDAK BERGUNA
Berita yang baru kami terima bahawa Lajim yang sedang mengusahakan sebuah parti baru dijangka tidak sempat untuk melakukannya memandangkan PRU13 semakin dekat. 

Alternatif lain ialah Lajim akan bertanding atas tiket Bebas bukan Pkr jauh sekali Pas. Tahu mengapa?

Semasa Lajim silap langkah dengan mengambil keputusan keluar UMNO dan bertindak menyokong Anwar, Lajim dikatakan menerima jutaan ringgit dari Anwar! Tahu apa berlaku? Lajim hanya dapat air liur Anwar sahaja!Dengan hanya dijanjikan jawatan Ketua Menteri sekiranya berjaya menarik lebih ramai YB-YB BN.

Kegagalan Lajim menyebabkan Anwar terus meludah dan menjauhkan diri dari Lajim. Bagi Anwar, Lajim kelulusan SPM sudah menjadi tikus busuk. Anwar tidak hendak mendekatkan diri lagi.

Mahu tidak mahu, Lajim mempunyai dua pilihan. Menubuhkan parti baru atau bertanding bebas. Kasihan Lajim, diperbodoh-bodohkan oleh Anwar... MyMassa