Monday 24 September 2012

GAJI RM 1..... TAPI MILIKI JET MEWAH..... WOW!!!!


Sebelum ini telah didedahkan beberapa foto  yang menunjukkan aksi Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR yang berposing di dalam sebuah jet mewah yang didakwa digunakan semasa Anwar berada di Sabah/Sarawak. Lihat Di Sini

Pendedahan foto-foto tersebut tidak mampu dijawab dan ditangkis oleh media pro-pembangkang terutamanya bloggers mereka. Sebaliknya, mereka mendiamkan diri mengharapkan agar isu ini terpadam begitu sahaja tanpa banyak dipersoalkan oleh rakyat.

Tetapi mereka tersilap. Dalam propaganda pakatan pembangkang yang sering menunding jari menuduh pemimpin BN boros dan sebagainya, foto-foto bergaya dalam jet peribadi mewah menempelak pembangkang.

Bukan itu sahaja, kita tentu tertanya-tanya di manakah Anwar Ibrahim mendapat sumber kewangan sedangkan gaji beliau hanyalah RM 1 sebagai penasihat ekonomi Selangor dan penceramah jemputan?

Di bawah adalah pendedahan pemilik jet peribadi yang menjadi perbualan rakyat itu :

The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate. 
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. 
Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. 
BACA SETERUSNYA..... DI SINI

Yang menjadi persoalannya, Anwar Ibrahim belum lagi menjawab isu jet peribadi yang menjadi perbualan rakyat sejak minggu lepas.

Kenapakah beliau mendiamkan diri?

Apakah beliau sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat sekalian?

Dalam masa yang sama, aksi 'bermewah-mewah' PKR seperti dalam jet peribadi tersebut sudah tentu akan menyebabkan rakyat berasa tertipu dengan PKR yang sebelum ini sering menunding BN sebagai boros dan membazir.

Jangan kita lupa dengan bas mewah 2 tingkat dengan interior design yang serba mewah digunakan oleh Anwar. 


MiM

No comments: