Friday, 21 September 2012

BAS, TRELER DAN JET MEWAH ANWAR.... KAU ADA????!!!!

MULA-MULA BAS MEWAH PELBAGAI GUNA.....







 


KEMUDIAN.... TRELER MEWAH...


HARI INI.... JET MEWAH......
Bukan orang lain yang dedahkan.... tapi Tian Chua sendiri menghebahkan....
Baru-baru ini Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya telah memaparkan beberapa keping gambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain sebelum berlepas ke Labuan dan Kota Kinabalu dengan sebuah jet eksekutif bagi menghadiri program anjuran parti berkenaan.
Hebat, memang hebat.
Kena ingat, PKR bukannya ada bantuan dari dana asing, PKR adalah parti marhaen, PKR adalah parti rakyat.
Jangan kata beli, sewa pun tak mungkin mereka mampu.
Ini mesti ada mana-mana tokoh korporat yang sudi menawarkan jet itu sebagai menghargai perjuangan Anwar dan rakan-rakannya dalam membanteras nepotisme, kronisme, rasuah dan segala bentuk penyelewengan yang katanya ‘bersarang’ dalam negara ini.
Atau mungkin kita salah?
Mungkin juga itu memang jet Anwar…lagipun jangan ingat beliau lekeh sangat.
Kalau tak mana mungkin Anwar boleh buat rumah berjuta di Segambut, boleh pakai kereta-kereta mewah, boleh pergi ke luar negara berpuluh kali dalam setahun sedangkan beliau tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan masa jadi Menteri Kewangan dulu .
Kita kena ingat, dalam sejarah politik negara, belum ada pemimpin paling berkarisma dan bersih seperti Anwar, beliau tidak pernah mengamalkan rasuah, beliau tidak pernah ada kroni, semua keputusan yang dibuatnya masa dalam kabinet dulu, kalau ada berunsur rasuah atau nepotisme, ia kerana keputusan itu dibuat secara ‘consensus’, bukan sebab dia!
Tolong jangan cemburukan Anwar dan juak-juaknya hanya kerana mereka naik jet eksekutif, bak kata seorang blogger pembangkang….ini hanyalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar! (walaupun yang menyiarkan gambar itu adalah Tian Chua sendiri)
Dan ada satu komentar yang dibuat lagi menarik….mungkin benar Datuk Seri naik jet, tapi mungkin sekadar duduk untuk bergambar, tak semestinya pesawat itu terbang, korang ada bukti ke?
Apa-apa ajalah, yang penting….Anwar yang baru jadi Ketua Pembangkang dan tak pernah ambil rasuah serta dapat bantuan negara asing pun mampu hidup mewah, kau ada????
Itulah Melayu, penuh hasad dengki  ~ MyMassa ~







No comments: