Wednesday 1 August 2012

TEKNOLOGI PERANGKAP LAJU PDRM GUNA LTI TruCam

Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telah menggunakan teknologi kamera perangkap had laju terbaru iaitu LTI TruCam. Tarikh penguatkuasaan rasmi tidak dapat dipastikan namun apa yang pasti teknologi ini telah digunakan beberapa bulan yang lepas.


25 unit TruCAM telah digunakan pada mulanya di Lembah Kelang, dan menurut kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof, kamera ini sungguh efektif dan menjimatkan masa.  Seramai 35 anggota polis trafik dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah menghadiri kursus pengendalian TruCAM ini. Sejak dari penggunaan TruCAM ini, didapati pesalah trafik yang memandu melebihi had laju lebih mudah dikesan. Dengan kualiti gambar lebih tinggi, TruCAM dapat mengelakkan kesilapan anggota polis untuk mengeluarkan saman.




Dalam hal ini, pengguna jalan raya yang mempunyai keraguan pasti terjawab dengan TruCAM ini. Dengan imej yang menunjukkan nombor pendaftaran yang jelas, pasti tidak akan meragukan sesiapa yang disaman ini.

TruCAM yang menghasilkan kualiti gambar yang tinggi ini boleh melakukannya dengan efektif pada jarak 1200m dan juga dapat mengesan pemandu yang memandu pada kelajuan 320km/j.


Berdasarkan gambar diatas, had laju yang dikesan ialan 220km/j dan ini membuktikan keupayaan TruCAM yang mungkin diragui oleh orang ramai. Nak raya nanti hati-hati la ye.

sumber: selangor2u

No comments: