Saturday 4 August 2012

PUSPAKOM TAWARKAN PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN KENDERAAN PERCUMA


KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu mengambil peluang melakukan pemeriksaan kenderaan percuma yang ditawarkan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) bagi memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat sebelum pulang menyambut Aidilfitri.

Puspakom dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pihaknya menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom seluruh negara bermula 6 hingga 24 Ogos ini.

Pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh itu akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, ketelusan cermin dan sebagainya.

"Pelanggan hanya perlu menghubungi cawangan ingin dikunjungi terlebih dahulu dan mereka akan diberikan satu waktu pemeriksaan yang spesifik.

****PUSPAKOM = Pusat  Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer

No comments: