Saturday 4 August 2012

GEMPAR!!! LAJIM DITAJA CIA UNTUK JADI BROKER PUJUK MP LAIN LOMPAT PARTI....???







Kelmarin perkara di atas ini didedahkan. US memang terlibat dalam peperangan saudara di Syria melalui CIA. Seperti yang dinyatakan dalam video di atas, campur tangan US kali ini adalah melalui Al-Qaeda itu sendiri.

Betapa ironinya. US dan Al-Qaeda bertempur di Afghanistan bertahun-tahun sehingga menghancurkan negara tersebut atas nama perjuangan menentang keganasan. Iraq juga dijajah sehingga kini kerana faktor Al-Qaeda.

Malahan, sehingga kini Al-Qaeda ini lebih banyak memberikan imej yang buruk kepada Islam berbanding pertempuran"syahid" mereka dengan tentera US. Visual wanita disiksa, lelaki dipancung dan pelbagai lagi hanya memberikan nama dan persepsi yang lebih buruk terhadap Islam walaupun mereka mendakwa semua itu adalah untuk melaksanakan "HUKUM ALLAH".

Ini telah menjawab persoalan yang sering bermain di fikiran kami selama ini. Bagaimana rakyat biasa boleh mendapat sebegitu banyak senjata sehinggakan kuasa tentera Syria itu sendiri dapat dikekang?!! Ternyata, negara mesra Anwar, iaitu Turki memainkan peranannya sebagai boneka US dengan begitu baik sekali.

Namun begitu, bukan isu Syria yang ingin kami ketengahkan di sini sebenarnya. Kami ingin menjawab persoalan orang ramai, "Mengapa baru sekarang Lajim Ukin dan Bumburing melompat parti?!!"

Mereka melompat kerana mereka mendapat lebih daripada apa yang mereka dapat ketika bersama BN. PERIOD. Ini bukanlah soal perjuangan rakyat Sabah. Ini soal wang dan kedudukan.

Sebenarnya video di atas mendedahkan bahawa memang wujud penglibatan US dalam menumbangkan satu-satu Kerajaan, bukan kerana tidak suka, tetapi kerana mahu menaikkan boneka mereka. Dan mahu atau tidak, inilah yang sedang berlaku di negara ini ketika ini.

Lajim yang sememangnya terkenal sebagai teman rapat Anwar sejak dahulu lagi memilih untuk melompat sekarang kerana inilah masa yang dirasakan sesuai untuk mengganggu momentum sokongan rakyat terhadap BN. Malah lebih jelik lagi, beliau kini menjadi broker pula untuk memujuk lebih ramai lagi MP dan ADUN Sabah untuk mengikut jejak langkah beliau.

Isu beliau tidak terpilih sebagai calon itu hanyalah dijadikan penyebab untuk beliau melompat. Memang beliau sudah lama mahu melompat. Cuma menantikan saat dan ringgit yang sesuai.

Bersih 3.0 diadakan kerana menyangkakan PRU-13 pada bulan JUN. Maka mencurah-curahlah dana CIA turun kepada mereka.

Kemudian SUARAM cuba jadi hero kapal selam. Bila siasat-siasat, rupa-rupanya setiap tahun dapat ratusan USD daripada sumber yang tidak diketahui.

Sama ada kebetulan atau tidak, US dan CIA ini memang jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat. Tidaklah pula kami tahu mengapa musuh nombor wahid orang Islam ini berpihak kepada mereka. Ironinya, dalam PAS berdegar-degar bercakap mengenai berjuang untuk melawan US-Zionis, mereka tidak malu pula bergerak memecah belahkan ummah di negara ini dengan wang darah orang Islam!

No comments: