Tuesday 7 August 2012

MANOHARAN MOHON MAAF....???


PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP – Kota Alam Shah, M Manoharan pada Selasa memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei berhubung kenyataannya yang memperlekehkan pemain badminton negara itu.

Lihat di sini
“Saya mohon maaf di atas apa yang berlaku. Sungguhpun begitu, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
“Sekiranya ada yang selanjutnya, saya akan mengeluarkan kenyataan lagi nanti. Apapun, saya sudah pun membuat permohonan maaf (di Twitter),” katanya ketika dihubungi, Selasa.
Permohonan maaf Manoharan berikutan kenyataannya melalui akaun Twitter milik beliau yang memperlekehkan kekalahan Chong Wei ke atas pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorang lelaki di Sukan Olimpik di London.

Mengenai persepsi masyarakat yang mencemuh beliau berhubung komen yang dikeluarkan itu, jelasnya: “Ia adalah pandangan mereka. Saya terima sahaja. Apapun, saya sudah mohon maaf.”
Manoharan dalam tulisannya di Twitter pada tengah hari Selasa memohon maaf kepada Chong Wei dan keluarganya berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial itu pada Isnin.
“Saya begitu menyesali berhubung komen yang dibuat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.


“Saya dengan ikhlas berharap agar kemaafan ini akan diterima,” kata beliau lagi di Twitternya itu.

No comments: