Thursday 9 August 2012

HARAM SOKONG INDIVIDU/KUMPULAN TOLAK ISLAM - MUFTI PERAK


KUALA LUMPUR  –  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menegaskan bahawa adalah haram hukumnya bagi umat Islam untuk menyokong individu atau kumpulan yang secara terbuka mengisytiharkan pendirian mereka yang menentang dan menolak Islam di negara ini.

Menurut beliau ketika dihubungi UMNO Online di sini hari ini, umat Islam tidak boleh menzahirkan sokongan mereka dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang secara terang-terangan menentang atau memusuhi Islam.

“Dalam apa jua cara sekalipun, adalah haram hukumnya bagi kita sebagai umat Islam untuk menyokong kumpulan seperti ini. Kita boleh rujuk Al-Quran yang secara jelas memberikan panduan kepada umat Islam, siapakah golongan dari bukan Islam yang boleh kita bekerjasama dan siapa yang tidak boleh.

“Hari ini memang wujud kumpulan seperti ini, yang bukan sahaja menolak Islam, malah menentang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam. Pendirian mereka yang dinyatakan secara terbuka itu sudah cukup untuk menjadi bukti bagi kita untuk menolak sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk sekalipun,” tegas beliau lagi.

Tambahnya, apatah lagi sekiranya umat Islam memberikan sokongan terhadap kumpulan seperti itu untuk menjatuhkan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Islam, serta yang telah melaksanakan syiar-syiar Islam di negara ini.

“Sudah tentu haram hukumnya untuk kita menyokong kumpulan politik yang secara terang-terang menentang Islam untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang diperintah oleh orang Islam, hanya semata-mata kerana alasan hukum hudud yang belum terlaksana sepenuhnya.

“Sedangkan kerajaan sedia ada hari ini yang mana tunggak kepimpinannya adalah terdiri daripada umat Islam, terbukti telah pun melaksanakan dan meninggikan syiar Islam di dalam negara ini dari pelbagai aspek yang termampu, berdasarkan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.

“Jadi, apakah halal atau boleh bagi umat Islam menyokong sebuah parti politik, yang sudah diketahui umum prinsip dan pendirian mereka yang tegas menentang Islam, untuk menjatuhkan kerajaan yang telah pun melaksanakan syiar-syiar Islam di negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Haram hukumnya untuk kita membantu mereka dalam apa jua bentuk sekalipun,” akhiri beliau.


***Terima kasih, Tan Sri....semoga Allah panjangkan umur, sentiasa sihat dan sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat yang melimpah ruah dariNya....

2 comments:

Anonymous said...

Buat2 tak nampak sebab gila kuasa dan ada agenda tersembunyi..

Unknown said...

Ini sudah bagus, Mifti UMNO kata tak boleh dan jangan sokong UMNO sebab UMNO tolak HUdud dan negara Islam.
Memang benar sekali kerana undi dan kuasa 56 tahun UMNO sekular - agama suku tadbiran GOmen suku. Takut turun bila segerabak Kafir -kafir lain ca - but tinggalkan BN!
Ini baru Mufti tahu hukum agama asik dengki dan hentan PAS+ DAP saja! Kafir Harbi?
Camna pulak hukum bini orang kebas laki orang siang malam tunggu kat ofis - sampai le Ni Pejabat agama tak tertangan!
ISLAM pilih-pilih ISA (ikut selera aku)