Tuesday 14 August 2012

6 INDIVIDU SANGAT DIKEHENDAKI POLIS


6 individu dicari polis
Abdullah (kiri) menunjukkan gambar individu yang dicari oleh IPD Tapah.













TAPAH - Seorang wanita antara enam individu yang dicari polis bagi membantu siasatan terhadap enam kes jenayah di daerah ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superitenden Abdullah Arshad berkata, bagi kes pertama, seorang wanita yang dikenali sebagai Nora Mohd Nor, 30, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, dicari bagi membantu siasatan.
Katanya, wanita itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun tanpa senjata di Kampung Haji Daud, Tapah Road, pada 17 Julai lalu bersama-sama seorang rakan yang menceroboh masuk ke dalam rumah seorang mangsa dan menyamun gelang emasnya.
Polis turut mencari Muhammad Nizal Husin Nordin atau lebih dikenali sebagai Boy berusia 29 tahun, berasal daripada Kampung Batu 3, Jalan Temoh, Temoh yang disyaki mencuri kabel.
Suspek merupakan penagih dadah tegar dan pernah terlibat dalam kes curi kabel dan pecah rumah di Temoh.
“Selain itu, pihak polis juga sedang mencari K Veerapan atau lebih dikenali sebagai Guna berusia 33 tahun berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Bidor,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini.
Dalam perkembangan sama, pihaknya juga cari K Kaliapan atau lebih dikenali sebagai Ragu, berusia 33 tahun, berasal daripada Kampung Bedrock, Bidor bagi bantu siasatan polis dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar juga kawasan Bidor.
Beliau berkata, IPD Tapah turut mencari seorang lelaki dikenali sebagai K Ravindran atau dikenali sebagai Ravi, 29, dari Ladang Bedrock, Bidor yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah.
Sementara seorang lagi suspek K Nanthan atau dikenali sebagai Prabu, 29, berasal dari Ladang Bedrock, Jalan Sungkai, Bidor, yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada bulan Mei 2006 di Batu 2, Jalan Bidor, Tapah, juga.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau balai polis berdekatan,” katanya.

No comments: