Saturday 2 June 2012

BISIKAN SYAITAN UNTUK PEMIMPIN PAS.... (BAB 2)



PAS sebenarnya telah jauh tersasar dari perjuangan asalnya. Jika dulu mereka kononnya memperjuangkan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam. Apabila kekalahan demi kekalahan yang mereka alami dalam PRU dan PRK ini menjadikan mereka kecewa. Jika dulu mereka menipu rakyat dengan "Undi PAS masuk Surga" , menuduh ahli2 UMNO Kafir dan pelbagai lagi propaganda mereka untuk berkuasa.

Kini PAS membuka pekong busuk sendiri dalam pemilihan Parti PAS baru-baru ini apabila " Hadi Awang berkata dalam Al Quran tidak ada perkataan negara Islam yang ada hanya "Negara berkebajikan".Jika dulu mereka putar sana putar sini kini lebih ligat dari gasing yang berputar dalam sambungan siri penipuan PAS kepada rakyat.

Petunjuk dari Yang Maha Kuasa telah pun dipertunjukkan kepada rakyat negara ini dengan jelas lagi terang bagaimana penipuan yang selama ini mereka mengunakan agama hanya untuk berkuasa kini mereka mengunakannya pula agama sebagai alat untuk berkuasa. Inilah putar belit PAS.Munafik Semunafiknya bapak-bapak Nahwu PAS yang diketuai oleh Dato Sri Abd Hadi Awang dan timbalannya kini Mat Sabu. 

Mungkin juga pendapat seluruh rakyat Malaysia perbuatan pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama Islam dan melabelkan UMNO rasis dianggap mengkhianati bangsa serta tanah air.Perbuatan itu umpama menggadai maruah diri berdasarkan kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kepentingan Melayu Islam di negara ini.

Apa yang ada dalam fikiran kita dan mungkin juga rakyat Malaysia berketurunan Melayu..Hak ketuanan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam akan terhakis jika Parti Keadilan Rakyat dan PAS terus diperalatkan oleh DAP untuk menumbangkan UMNO.Sikap pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang sanggup melupakan sejarah bangsa, perjuangan dan kemerdekaan negara, sekali gus menafikan pengorbanan pemimpin lalu.

Pada kita, apa yang diperjuangkan oleh UMNO adalah untuk semua rakyat berasaskan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional dan mempertahankan Perlembagaan yang sebelum ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sehingga sekarang.

Mereka kini sedar, sokongan rakyat semakin berkurangan apabila satu demi satu pendedahan dibuat jelas menunjukkan mereka tidak semaksum mana. Rasuah, kroni & nepostime sana sini, main bini orang sana sini , berzina & berkhalwat sana sini, jual ayat quran sana sini, malah sanggup menjadi tunggangan DAP. PAS wajib diperangi kerana mereka ini jelas mengotori agama Islam yang suci demi kuasa politik buas mereka.

Sebagai orang Islam patut merasa malu dan terhina bila bangsat seperti PAS tidak akan berani bersuara jika agama Islam diserang, contoh yang terbaru isu Siti Hasnah Vangarama tidak ada langsung didalam blog blog pakatan pembangkang atau pun haprak daily yang berani bangkit untuk membela kes murtad secara paksa ini. PAS jangan menambahkan lagi kebangsatan yang sedia ada. Semakin hari semakin kacau pegangan dan prinsip PAS dan dilihat semakin tersasar dari perjuangan asalnya.

Dan fiman Allah lagi:-

Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas(nama) Allah tidak akan dapat bahagia. - Al-Quran An'am 119.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, nyata sengaja melupakan kenyataan pemimpin veteran DAP, Karpal Singh, supaya PAS “langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam”. Hakikatnya kini PAS menerima baik DAP yang nyata musuh Islam sebagai rakan selimut mereka.

Rasulullah saw ada bersabda yang bererti:-
Sesungguhnya kekejian dan berbuat-buat kekejian tidak sedikitpun dari Islam. Sesungguhnya manusia yang terbaik Islamnya, ialah yang baik Akhlaknya.
Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu Abid Dun-Ya dg Isand Sahih.

Tindakan Hadi menghalalkan kerjasama politik dengan DAP, malah berkata ia tidak menggadaikan prinsip Islam adalah keputusan yang amat mengaibkan pejuang Islam terutama ulama PAS yang membiarkan pemimpin mereka melakukan apa saja demi mencapai cita-cita politik. Tidak ada siapa yang boleh mendakwa Umno sebagai parti tonggak Melayu dan Islam, gagal dalam melaksanakan pentadbiran Islam kerana usaha memperkasakan Islam dilakukan setiap masa.

Pada pendapat penulis “Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengetepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Justeru, tidak salah jika ahli PAS menerima nasihat Perdana Menteri supaya menilai semula kerjasama dengan DAP.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama dengan pembangkang (DAP dan PKR) dibina dengan berpegang kepada dasar saling membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya.


Kita mahu tahu di mana Umno dan BN tidak adil dan zalim? Adakah semua ahli PAS tidak mampu mencari rezeki yang halal di negara ini, adakah mereka tidak dibenarkan berjuang untuk parti, adakah masjid ditutup untuk mereka, adakah suara dan kritikan pemimpin mereka disekat daripada disebarkan?..

Sepatutnya sudah tiba masanya, ahli PAS membuat pendirian mengenai hala tuju umat Islam negara ini. Jika pemimpin PAS menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menjadi “pak angguk” kepada BN, ahli PAS juga tidak boleh terus menjadi “pak angguk” untuk menerima apa saja keputusan dan dasar yang digariskan pemimpin tertinggi mereka.

Setelah difikirkan sedalamnya kerjasama PAS dan DAP sama sekali tidak menjadikan PAS lebih kuat sebaliknya semakin ditolak oleh ramai orang Islam berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Yang untung dan terus untung ialah DAP. Itulah yang membolehkan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang terus menguntum senyum lebar termasuk dalam tidurnya.




................BERSAMBUNG KE  BAB 3

No comments: