Saturday 26 May 2012

KISAH IBU KANDUNG KEPARAT...!!!

Wanita ambil dadah tak sedar perbuatan !!!

BANDAR RAYA MEXICO: Polis di ibu negara Mexico menahan seorang wanita dan beberapa saudaranya kelmarin kerana mengorek mata anak lelakinya yang berusia lima tahun dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah untuk satu upacara memuja.

Budak itu dibawa ke sebuah hospital di Nezahualcoyotl dalam keadaan tenat sebelum dihantar ke pusat perubatan khas di sini oleh helikopter.
Jurucakap hospital di Nezahualcoyotl, Fernando Chavez berkata seorang penduduk menahan kereta peronda polis selepas melaporkan kejadian. 

Anggota polis yang masuk ke kediaman wanita itu mendapatinya dalam keadaan terkejut dengan budak itu di pangkuannya. 

“Apabila wanita itu membenarkan polis memeriksa, mereka terkejut kerana budak itu tidak mempunyai biji mata,” menurut kenyataan pihak berkuasa. 

Pendakwa, Isaac Acevedo memberitahu media tempatan bahawa lapan orang ditahan dan penyiasat percaya ibu kanak-kanak itu sendiri yang mencungkil mata anaknya. Bapa budak itu tidak berada di rumah ketika kejadian. 
Jenayah itu disyaki ada kena mengena dengan satu upacara memuja tetapi tiada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Santa Muerte atau ‘Saint Death’. 

Anggota kumpulan itu baru-baru ini dituduh melakukan pembunuhan korban dua budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang wanita berumur 55 tahun di negeri Sonora, utara Mexico. 

Ibu dan bapa saudara budak lelaki itu berada di kediaman berkenaan apabila ibu mangsa dan saudara mara mereka mula mengambil dadah. 

Chavez berkata, seorang saksi memberitahu polis bahawa dia tidak sedarkan diri selepas mengambil dadah dan apabila sedar budak itu didapati tidak mempunyai mata lagi. 

Lapan yang ditangkap belum didakwa sehingga siasatan selesai. Dua kanak-kanak lain dan seorang remaja berusia 17 tahun berada di kediaman berkenaan. 

Mac lalu, di Sonora, pihak berkuasa menahan lapan orang yang dituduh melakukan pembunuhan korban dua lelaki dan seorang wanita untuk ‘Saint Death.’ Penjenayah dan pengedar dadah adalah antara anggota kumpulan itu. 

Bagaimanapun, tempat pemujaan atau patung ‘Saint Death’ tidak ditemui di rumah ibu kanak-kanak itu. - AP

No comments: