Saturday 26 May 2012

AWAS!!! BERHENTI TUDUH UMNO UPAH SAMSENG!!!





KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah diminta berhenti menuduh UMNO sebagai dalang insiden baling batu dan telur semasa ceramah anjuran pembangkang di Pantai Dalam di sini, semalam.


Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berkata, tuduhan Anwar dan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak munasabah.


Beliau yang mengakui menyaksikan sendiri insiden itu memberitahu, sebarang tuduhan bahawa ia berlaku akibat provokasi UMNO adalah tidak benar.


"Perbuatan melontar objek seperti batu dan telur pada ceramah malam tadi dipercayai dilakukan oleh penduduk di sekitar lokasi ceramah.


"Anwar dan Nurul Izzah sepatutnya sedar insiden berkenaan adalah reaksi spontan orang ramai di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang membantah kehadiran mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas tuduhan Anwar, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa UMNO mengupah samseng untuk menyerang semasa ceramah pembangkang.


Tuduhan tidak berasas itu disiarkan menerusi beberapa portal berita propembangkang termasuk HarakahDaily, KeadilanDaily dan Malaysiakini.

No comments: