Monday 14 May 2012

DIISYTIHARKAN MATI, TETAPI BERJALAN KELUAR HOSPITAL...!!!

Lelaki 'Mati' Berjalan Keluar Hospital

Seorang lelaki yang pada mulanya diisyhtiharkan meninggal dunia oleh paramedik selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, disahkan hidup dan telah pun keluar dari hospital selepas menjalani pemulihan yang luar biasa.
Daniel Huf, 30, ditemui terperangkap dalam kereta Porsche di pinggir bandar Melbourne dan telah disahkan mati selepas dirawat di tempat kejadian pada 1 April lalu.
“Kami tahu yang ia satu keajaiban yang Daniel boleh berjalan, membaca, menyebut beberapa perkataan yang dikenal pasti, menulis mesej yang logik dan mengenali pelawat-pelawatnya,” kata bapanya.
Malah, kata bapanya, dia mampu melakukan beberapa kemahiran hidup asas seperti mandi dan memakai baju sendiri.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes tersebut terutama dari segi keupayaan tugas paramedik mereka dalam menjalankan kerja-kerja di lapangan.
***BP : Begitulah...jodoh, rezeki dan ajal maut itu adalah ketentuan Allah...walaupun mati itu pasti, tetapi hanya Allah sahaja yg tahu....

No comments: