Tuesday 22 May 2012

DATIK SHARIFAH AINI MASUK WAD..???

Datuk Sharifah Aini Masuk Hospital?

KUALA LUMPUR – Artis veteran negara, Datuk Sharifah Aini dikhabarkan telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman di paru-parunya.
Menurut laporan yang dipetik dari OhBulan.com, difahamkan Sharifah Aini atau lebih mesra dipanggil Kak Pah itu telah dimasukkan ke hospital semalam.
Sahabat baik kepada penyanyi itu, Khalilah Datuk Mohd Talha telah memuat naik status tentang diri Kak Pah di laman sosial Facebook Fanpage milik Kak Pah.
Khalilah dalam status itu telah memberitahu kepada peminat-peminat penyanyi itu yang Kak Pah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu kota.
Kak Pah juga memohon agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan dirinya dan kembali sembuh seperti biasa.
“Salam sejahtera keluarga FB yang sangat saya kasihi….saya Khalilah Dato’ Mohd Talha sahabat baik kepada Datuk Sharifah Aini mendapat kebenaran beliau mengguna kan account beliau untuk memberitahu anda yang Datuk Sharifah Aini kini sedang di rawat di Hospital Swasta dan di sah kan hari ini olih Doktor peribadi beliau yang paru paru beliau telah dijangkiti kuman dan pohon dia kan untuk kesejahteraan beliau….Datuk meminta saya menyampaikan salam kasih nya kepada anda semua! Wassalam.”
Doa penulis, semoga kesihatan Kak Pah kembali stabil dan terhindar dari sebarang penyakit yang memudaratkan dirinya lagi. Amin.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: