Tuesday 24 April 2012

TUKAR - PAS KELANTAN MENGAKUI GAGAL URUS TADBIR WALAUPUN LEBIH 20 TAHUN MEMERINTAH..!!!


Apa yang tak cukup tu?

20 tahun pun tak cukup lagi?

RM1bilion lebih pun tak cukup lagi nak urus air?

Itulah akibatnya lantik menantu sendiri, Ariffahmi urus projek air Kelantan. Gagal macam ni pun boleh naik pangkat jadi CEO PMBK. Nasib baik dah letak jawatan.  

Kelantan Akui Tidak Mampu Siapkan Projek Bekalan Air Dalam Masa Singkat 

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengakui tidak mampu menyiapkan sepenuhnya projek bekalan air bersih dalam tempoh singkat, walaupun kerajaan pusat memberi pinjaman tanpa faedah kira-kira RM618 juta, termasuk untuk projek bekalan air itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata ini kerana peruntukan itu diluluskan secara berperingkat mengikut keperluan dan pelaksanaan projek.

"Kita tidak mampu menyiapkan semua projek yang dilaksanakan dalam masa singkat walaupun peruntukan diluluskan melalui pinjaman kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Anggota Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, Isnin.

Md Anizam mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597.8 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam tempoh 12 tahun. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah "menganaktirikan" Kelantan biarpun ia diperintah oleh PAS sejak 1990.

Katanya, peruntukan pinjaman yang sudah diterima AKSB setakat ini adalah RM540 juta daripada kelulusan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM618 juta. -BERNAMA

*Orang berjaya cari jalan, orang gagal cari alasan. Renung-renungkanlah.

No comments: