Tuesday 24 April 2012

IKAN KELI PERISAI YANG MEROSAKKAN TASIK..!!!


Hanya sekilas pandang sahaja, penulis nampak ikan ini cantik dan unik. Kalau dijadikan ikan hiasan di dalam akuarium tentu menarik perhatian, tapi beranikah? Spesis ikan yang dikenali sebagai Ikan Keli Perisai dan mempunyai corak kulit bersisik yang agak unik ini dipercayai antara ikan yang 'ganas' dan telah menyebabkan kerosakan pinggir Tasik Florida Selatan. Ikan ini dipercayai spesis ikan yang baru ditemui.

Spesies baru ikan keli perisai yang dikenali sebagaiPseudacanthicus sp. telah ditemui di Sungai Sipaliwini, Surinam oleh beberapa saintis dalam Program Conservation International’s Rapid Assessment di baratdaya negara tersebut pada Ogos dan September 2010.
Ikan ini tergolong dalam jenis ikan keli berperisai (armoured catfish) atau plat bertulang yang dilitupi dengan spina. Ini membolehkannya hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha kerana ia mempunyai pertahanan badan yang baik. ~ Reuters
Namun begitu, nama spesifik bagi ikan yang baru ditemui ini belum lagi diisytiharkan secara rasmi….


BACA SETERUSNYA.... DI SINI

1 comment:

Anonymous said...

Ikan bandaraya...ikan yg dibela didalam akuarium untuk tugas makan lumut di dinding akuarium.